Tuesday 28 June 2011

Cadangan Logo GESS..

Sebanyak 2 contoh logo GESS yg akan dibincangkan secara lebih terperinci daripada 12 logo yg telah diterima dari rakan2 GESS.
Kesesuaian Logo & Sensitiviti merupakan perkara utama yg diambil kira.
Manakala warna yg telah dipersetujui setakat ini adalah warna:
Merah, Biru & Pink.
73.. 9W2JSM (J.Sham)
Unpaid Communication Representative.

Monday 20 June 2011

Eyeball Bersama Presiden ASTRA.






Jalan Ampang, Ahad 19-Jun-2011:  Y.Bhg. Dato' Bahari (Presiden ASTRA 2011/2013) telah berada di Kuala Lumpur kerana mesyuarat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) di Jalan Nipah Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Sumber: ASTRA Wilayah Tengah http://www.astra-tengah.blogspot.com/

Sunday 19 June 2011

Al-Fatihah Buat Allahyarham Azron Fadzri Shahariman (9W2SLT)..


Inalillahwaina ilaihi rajiun..
Al-Fatihah buat Allahyarham Azron Fadzri Shahariman, (9W2 SLT / PR AFS / SC3 SCX) yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Khamis, 9-Dec-2010, Pukul 5.30 petang di Hospital Serdang, Selangor. Setelah berada di ICU selama 2 minggu..

Semoga dicucuri rahmat ke atas Rohnya & ditempatkan bersama-sama Roh orang-orang yang Mulia dan Solihin. Insyallah..

Saturday 18 June 2011

Pelancaran Laman Blog GESS.




Syukur Alhamdulilah, majlis pelancaran rasmi Laman Blog Group Eyeball Simpang Semarak (GESS) telah dilakukan di Selera Semarak, Kuala Lumpur tepat pada 17-Jun-2011, pukul 5.59 petang.


Sempena dengan ini maka Monitoring Channel bagi GESS adalah menggunakan Simplex V59 = 146.5375 MHz.


73, Admin.

Thursday 16 June 2011

RAE 2011 - Bil. 1, Kawasan Tengah.

Shah Alam 15-Jun-2011: RAE 2011 - Bil. 1 bagi Kawasan Tengah telah dijalankan pada pukul 2 petang di Dewan Shah Alam 2, SACC Convention Center, Shah Alam, Selangor.
Sebanyak 423 tempat duduk untuk calon RAE telah disediakan oleh pihak MCMC.
Seramai 8 orang dari Group Eyeball Simpang Semarak telah menduduki RAE tersebut.

Terima kasih kepada rakan-rakan 9M2 & 9W2 yg telah hadir & memberikan kata-kata semangat kepada calon-calon RAE










Saturday 11 June 2011

Salam Kontak Perdana..

Assalamualaikum..
Akhirnya pada hari ini tertunai juga impian kami utk mempunyai Laman Blog sendiri. Group Eyeball Simpang Semarak (GESS) ini sebenarnya bermula sejak awal tahun 2008. Disitulah saya (9W2JSM) belajar dgn Tok Penghulu (9W2BHL) utk persediaan RAE selepas waktu bekerja. Saya lulus RAE setelah menduduki ujian RAE pada 24-Jun-2008..


73, All the best, this is 9W2JSM signing off and clear.







Disable Right Click, Protected. Harap Maaf, Sila Minta Kebenaran Drpd 9W2JSM, J.Sham..

Catatan Aktiviti GESS..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...