Salam 10 Ramadhan 1432H..
Sila ambil perhatian semua SWAL di GESS yg baru sahaja lulus RAE & ingin memohon ‘AA’.
Memohon Perkhidmatan Amatur AA (ASAA) merupakan salah satu syarat untuk memohon Penguntukan Radas / Apparatus Assignment (‘AA’). Atas nasihat salah seorang 9M2 di GESS, maka GESS mencadangkan supaya setiap SWAL yg terbabit supaya menyediakan Testimonial masing-masing.
Testimonial yg mengandungi Butiran Peribadi Pemohon beserta lakaran Antena perlu diberikan satu (1) salinan setiap seorang kepada dua (2) orang Pemegang Kelas A (9M2) yg akan menandatangani Borang ASAA serta telah mengesahkan bahawasanya pemohon layak memohon Penguntukan Radas / Apparatus Assignment (‘AA’) setelah melakukan demostrasi bagi mempamerkan tahap & skil penggunaan Radas/Kelengkapan Radio Amatur anda.
Testimonial ini adalah untuk simpanan dan rujukan semula oleh Pemegang Kelas A (9M2) tadi untuk dihantar ke Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) jika sekiranya berlaku sebarang perkara mengenai Disiplin, Perlanggaran Etika atau Ketidakpatuhan ‘AA’ oleh Pemohon.
Akhir sekali kepada semua pemohon dari GESS, sila email (groupsemarak@gmail.com) bagi mendapatkan format Testimonial tersebut.
73..
9W2JSM (J.Sham)
GESS Communication Representative.
No comments:
Post a Comment