Sunday 31 July 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H..



Niat Puasa Ramadhan:



Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala.


Ertinya : Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Ta'ala

Wednesday 27 July 2011

Santai Bersama Keluarga GESS..




23-Jul-11: SANTAI BERSAMA KELUARGA GESS (Ref.: 2011/Bil. 1) telah diadakan pada hari Sabtu, 23-Julai-2011, bermula pada pukul 08.30Hrs & tamat pada pukul 14.30Hrs. Seramai 5 Keluarga telah menyertai program ini dengan jumlah penyertaan seramai 19 orang peserta.

Antara tujuan utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi kemesraan dalam setiap keluarga Rakan2 GESS serta mewujud dan mencetuskan suasana Kekeluargaan yang lebih erat lagi dikalangan Keluarga GESS.

Program ini yg dijadualkan pada awalnya di Port Dickson (PD) telah diubah tempat ke Ulu Yam kerana disaat akhir Bangalow yg ingin disewa di PD tidak dapat. Antara sebab2 lain pula ialah terdapat rakan2 yg tidak dapat hadir jika bermalam di PD kerana anak2 ada kelas tuisyen, ada urusan keluarga & ada yg kena berkerja pada hari Sabtu tersebut. Walau bagaimana pun program yg akan datang insyallah akan dirancang lebih awal & akan disusun dengan lebih baik lagi. Kemungkinan dijangkakan selepas peperiksaan SPM nanti.

Ucapan terima kaseh kepada semua yg telah menjayakan program pertama ini & juga kepada rakan2 yg tidak dapat hadir kerana tugasan & hal keluarga  tetapi masih tetap memberikan sokongan.


73.. 9W2JSM, J.Sham.. (GESS Communication Representative).

Tuesday 26 July 2011

Salam Kontak Perdana Bersama Rakan2 Johor..




25-Jul-11, 5.30pm: Syukur alhamdullilah dapat kami bersalaman (Salam Kontak Perdana di daratan) bersama Rakan2 daripada Johor. Mereka adalah:
9W2EKP = Azmeir Zaki (Johor Bharu). [Setiausaha JASRA]
9W2RFS = Mohd Rafi Saat (Johor Bharu).
9W2AYX = Ali Hassan Abu (Muar). 
Bg. Azmeir dan rakan2nya datang menziarahi 9W2RLW di IJN, Kuala Lumpur. Selepas mereka menziarahi Bg. Nuar, apalagi GESS pun pasang pukatlah.. heh heh.. 

Terima kaseh kerana sudi bersalaman dengan GESS. Kalau mobile di sekitar Semarak atau Kuala Lumpur masuk2lah di Simplex V59..
73.. 9W2JSM (J.Sham)
(GESS Communication Representative).

Saturday 23 July 2011

Melawat 9W2RLW Di IJN..



22-Julai-2011, 18.00 Hrs, IJN, KL: GESS telah sempat menziarahi 9W2RLW, Bg. Nuar yg kini telah ditempatkan di Wad Mawar, Tingkat 2, Blok B, Katil No. 17.
Menurut Ayahandanya Pak Abu Samah, Bg. Nuar telah kembali sedar sepenuhnya & perlu menjalani beberapa peperiksaan di IJN bagi memastikan jantungnya dalam keadaan baik.
Ibundanya Pn. Shamsidah, melahirkan rasa bersyukur kerana Bg. Nuar telah selamat menjalani pembedahan lebih 5 jam. Penumpuan sekarang adalah utk menjaga kesihatan Bg. Nuar bagi mengelakkan sebarang jangkitan / komplikasi.
Jelas terbayang di wajah Bg. Nuar sekarang sudah bertambah ceria berbanding masa dia baru masuk IJN lalu, dimana raut mukanya seperti susah bernafas, seperti menahan kesakitan & kelihatan pucat aje.
73.. Laporan oleh 9W2JSM (J.Sham)..

Wednesday 13 July 2011

CADANGAN SANTAI BERSAMA KELUARGA, 23 & 24-Julai-2011


CADANGAN SANTAI BERSAMA KELUARGA, 23 & 24-Julai-2011 (Ref.: 2011/Bil. 1)
Tujuan: Antara tujuan utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi kemesraan dalam setiap keluarga Rakan2 GESS serta mewujud dan mencetuskan suasana Kekeluargaan yang lebih erat lagi dikalangan Keluarga Rakan2 GESS.
Tarikh: 23 & 24-Julai-2011 (Sabtu & Ahad)
Tempat: Port Dickson, Negeri Sembilan.
Anjuran: GESS (Group Eyeball Simpang Semarak).
Jemputan: Rakan2 GESS & Rakan2 Radio Amatur.
Bilik Penginapan: 2 Bunglow (8 Keluarga Sahaja).

Bayaran:
a. Bilik Penginapan = RM40 (Bungalow) *
b. Makan (Petang, Malam (BBQ) & B’fast) = RM40 (1 Keluarga) *

Monday 11 July 2011

Berita Kehilangan Kereta WPY 2656..






Untuk makluman, GESS telah menerima info ini melalui FB pada awal pagi tadi.
Diminta Rakan2 tolong sebarkan berita kebajikan ini.
Kereta milik 9W2POT, Roduwan b. Rashid telah dirompak di rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong pada 6-Julai-2011. Kejadian rompakan ini berlaku semasa Isteri beliau ingin membuka pintu pagar dan kereta tersebut telah dilarikan oleh beberapa orang lelaki. Kereta yang dicuri itu adalah jenis MYVi Passo berwarna Putih, No pendaftaran WPY 2656.
Jika anda ternampak/terjumpa kereta ni sila hubungi 016-6026036, 9W2KDU, Roslan bin Rashid.

73..

Saturday 2 July 2011

Eyeball Bersama Rakan2 Lokalan Ipoh..








QTH: Restoran Limau Tambun, Medan Gopeng, Ipoh Perak
Date: 11-Jun-2011, 8.30pm to 1.00am (12-Jun-2011).


1. 9M2SLJ REDZUAN B. JAMALUDDIN (Pak Lop)
2. 9M2ZAE ZAINAL AZHAR BIN EMBI
3. 9W2YZR MOHD NOOR YAZAR BIN AB. HALIM
4. 9W2ADV MUHAMMAD AZAHARI BIN MOHD DAMANHURI (Cikgu)
5. 9W2NIM KHAIRUN NAIM BIN ABDUL RASHID
6. 9W2XCP ABD AZIZ BIN HJ. SHAFEI
7. 9W2TDP MUHAMAD KHAIR BIN CHEK WAN
8. 9W2VEL AMIR SUHAIMI
9. 9W2DGG AREY
10. 9W2DBY AZRAN
11. 9W2SUF AHMAD SUFIAN  MAT ISA
12. 9W2RMP AHMAD ASOMI BIN OSMAN
13. 9W2ZIB ZULKIFLI BIN ISMAIL@BESAR
14. 9W2KAA ASRO B. ABDUL KAMIL
15. 9W2JOI ZOLKEPLE BIN KASIM
16. 9W2AGU KHALID BIN AHMAD ZAHARI
17. 9W2VHH MD ASRI BIN AHMAD
18. SWL AZMIL AZMIL
---------------------------------
19. 9W2JSM NOOR RISHAM BIN MD ARUS
20. 9W2BHL MOHD FARID BIN SUDIN
21. 9W2BMY HAIZAN BIN MOHAMAD
22. 9W2MHC MAHADZER BIN HARUN
23. 9W2YUP JUMAYOB BIN HARON
24. 9W2OOA MOHD ANSARI BIN MOHD LONG
25. 9W2XWX MOHD AZMIR BIN MOHD YUSOF
26. 9W2MBV NIZAM BIN ABDUL KARIM


Terima Kaseh Rakan2 Ipoh atas layanan yg terbaik, sepanjang kami berada di Ipoh..
73, 9W2JSM (JSHAM)..
Disable Right Click, Protected. Harap Maaf, Sila Minta Kebenaran Drpd 9W2JSM, J.Sham..

Catatan Aktiviti GESS..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...