Thursday 25 August 2011

Eyeball Terakhir Ramadhan 1432H..

Seperti yg telah diminta & dibincangkan semasa Eyeball pada 18-8-11 yg lalu.
GESS dgn ini menjemput Sahabat2 ke Eyeball terakhir Ramadhan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri 1432H. Butiran adalah seperti berikut:
Tarikh: 25-8-11 (25 Ramadhan).
Masa: Selepas Solat Tarawih / 10pm hingga 12 tengah malam ++.
Venue: NZ Curry House Wangsa Maju, Sek. 5 Wangsa Maju (Berdekatan Carrefour Wangsa Maju). * Akan diberitahu melalui V59 sekiranya berubah.
Bayaran: Bayar Sendiri-Sendiri ‘DUTCH’.
Monitoring Freq.: V59.

Antara Agenda Eyeball:
1. Bermaaf-maafan sebelum balek bercuti ke Destinasi masing2.
2. Membantu Rakan2 yg memerlukan pemeriksaan ‘Mobile Antenna’, Check SWR, Check Cable dll.
3. Slot demonstrasi penggunaan alatan komunikasi Radio Amatur cara Penggunaan, Menukar & Memasukkan Frekunsi. (Rig. V8000 / V2200H).
4. Sekiranya Sahabat2 merasa sangsi tentang keselamatan Kediaman / Harta Benda kerana balek beraya lebih dari seminggu. Maka digalakan memberitahu Polis atau tinggalkan alamat rumah atau no. H/P yg mahu dihubungi kepada Sahabat2 GESS yg tidak kemana-mana atau mungkin ada cadangan lain yg lebih praktikal.
Semua Rakan Amatur, SWAL & Rakan Kelab Radio Amatur Berlesen yg berkelapangan dijemput hadir.

GESS mengucapkan ‘Selamat menjalani hari-hari terakhir ibadah Puasa. Semoga kita mendapat Rahmat, Keampunan dan dibebaskan dari Api Neraka.

73.. de 9W2JSM (J.Sham)
GESS Communication Representative.

Friday 19 August 2011

Eyeball, Penyerahan AA & Kutipan Derma Utk Anak Yatim..



18-Ogos-2011: Seramai 5 Sahabat2 GESS telah berjaya mendapat 'AA' pada hari ini. Oleh itu Eyeball pada malam ini adalah bertujuan utk penyerahan 'AA' & disamping itu GESS juga telah dapat membantu Empat (4) Rakan2 SWAL yg telah lulus RAE utk mendapatkan tandatangan dari 9M2 utk borang sokongan Permohonan 'AA'. Dua orang 9M2 tersebut adalah  9M2NL, Pak Nasir & 9M2BUN Abg Muhamad Faiz yg telah sudi hadir utk membantu SWAL2 yg telah lulus RAE. Sebelum menandatangani borang tersebut, 9M2NL & 9M2BUN terlebih dahulu telah mengucapkan tahniah kepada SWAL yg telah lulus RAE & memberikan beberapa nasihat berkenaan SOP & Etika Seorang Amatur.

Seramai 21 Station yg telah hadir Eyeball malam tadi:
9M2NL, 9M2BUN, 9W2BHL, 9W2JSM, 9W2ZBV, 9W2ZZV, 9W2OOA, 9W2PRS, 9W2UZE, 9W2EDU, 9W2HHP, 9W2BJC, 9W2CAX, 9W2INS, 9W2NHN, 9W2XSY, 9W2ENQ, SWAL AHMAD IDRISZULDIN, SWAL AHMAD HASSANUDDIN AFENDY, SWAL AHMAD HELMIRUDIN, SWAL NOOR MUHAMMAD.

Akhir sekali GESS merakamkan jutaan terima kasih kepada 9M2NL, Pak Nasir & 9M2BUN Abg Muhamad Faiz yg telah meluangkan masa & memberikan sokongan kepada bakal2 pemegang sayap / 'AA' Kelas B. Sebelum tamat Eyeball, Sahabat2 GESS telah sempat mengumpul derma untuk Anak Yatim Bersempena Majlis Berbuka Puasa Di Surau Al-Ittihad, Taman Tun Teja, Rawang, Selangor. Sebanyak RM230 telah berjaya dikutip pada malam tersebut & kutipan ini akan ditutup pada 19-Ogos-2011, Pukul 11.59 malam.. Diakhir Eyeball iaitu sebelum bersurai, setiap yg hadir diminta memberikan ucapan sepatah dua kata. Eyeball yg bermula pada pukul 10 malam telah tamat jam 1.00 pagi,

'Raikan Ramadhan Dengan 'Meraih Butiran Pahala & Mengejar Lambaian Syurga'..
Laporan de 9W2JSM (J.Sham)
GESS Communication Representative.

Thursday 18 August 2011

Kutipan Derma Bersempena Majlis Berbuka Puasa Di Surau Al-Ittihad.

Kutipan Derma Oleh GESS utk Anak Yatim Bersempena Majlis Berbuka Puasa Di Surau Al-Ittihad. (Rujukan GESS: GESS/2011/Derma/No.2).
Merujuk pada Blog ASTRA Wilayah Tengah (AWT) yg bertajuk 'Majlis Berbuka Puasa Di Surau Al-Ittihad', Taman Tun Teja, Rawang. Maka GESS dengan ini mengambil kesempatan utk mengutip derma hanya di kalangan Sahabat2 GESS bagi maksud utk majlis tersebut. Tabung ini  telah pun dibuka mulai sekarang & Kutipan akhir akan dikumpulkan pada Eyeball hari Jumaat pukul 10.30 malam, di Taman Permata, Ulu Kelang (Restoran Hj. Tapah). Kepada Sahabat2 GESS anda boleh menghubungi 9W2BHL, Pak Farid, H/P: 013-2596006 atau hantar melalui email & nyatakan jumlah derma anda kepada Admin GESS (groupsemarak@gmail.com). Eyeball pada hari Jumaat nanti akan turut membincangkan mengenai Convoi utk ke majlis tersebut. Rakan2 yg ingin turut serta perlu bertolak awal sebab kehadiran kita bukan sebagai Tetamu Jemputan tetapi datang ke sana utk membantu Jawatankuasa Surau Al-Ittihad.
Kepada mana2 Sahabat Amatur yg ingin membuat sumbangan ikhlas, boleh juga berhubung dengan AWT, Biro Kebajikan, 9W2HYY, Tn. Hj. Yusuf, H/P: 019-3352595 atau 9W2OOS Pak OS, H/P: 016-2907091.
Semoga kehadiran Sahabat2 Amatur dapat memeriahkan lagi majlis tersebut & segala Ibadah serta Amal Jariah yg dilakukan oleh kita di bulan yg mulia ini mendapat balasan yg berlipat kali ganda lagi dari Allah SWT. Amin..


'Raikan Ramadhan Dengan 'Meraih Butiran Pahala & Mengejar Lambaian Syurga'..
73.. de 9W2JSM (J.Sham)
GESS Communication Representative.

Wednesday 17 August 2011

Eyeball Rakan2 Amatur & SWAL Bersama 9M2..




16-Ogos-2011: Syukur alhamdulillah, Eyeball tersebut telah dapat diadakan di Medan Selera Semarak malam tadi sempena menanda tangani Enam (6) Borang sokongan Permohonan 'AA' oleh 9M2. Dua orang penasihat GESS (9M2KX & 9M2YRS) telah hadir. Sebelum menanda tangani borang tersebut, terlebih dahulu Penasihat GESS telah mengucapkan tahniah kepada SWAL yg telah lulus RAE, semoga usaha GESS seperti ini akan dapat di teruskan lagi bagi menambah bilangan warga Amatur. Selepas itu penerangan serba sedikit berkenaan SOP, Etika Seorang Amatur & Adab2 semasa QSO telah disampaikan oleh 9M2.


Semoga ilmu2 yg telah disampaikan itu akan menjadi panduan & pegangan SWAL2 serta Rakan Amatur lain yg telah mendengarkannya.
Antara Rakan2 yg telah hadir Eyeball malam tadi:
1. 9M2KX, 2. 9M2YRS, 3. 9W2BHL, 4. 9W2JSM, 5. 9W2BMY, 6. 9W2XWX, 7. 9W2VEK,              8. 9W2AOC, 9. 9W2NBF, 10. 9W2VAN, 11. SWAL YUSRI (Sri Damansara), 12. SWAL IKHMAL (Sri Gombak), 13. SWAL Amran (Gombak), 14. SWAL APIS (Danau Kota).
15. SWAL Zairil (Bandar Baru Salak Tinggi), 16. SWAL Najib. 17. 9W2OOA.


Akhir sekali GESS merakamkan jutaan terima kasih kepada 9M2KX, Pak Kamsani & 9M2YRS, Pak Yob selaku Penasihat GESS yg telah meluangkan masa & memberikan sokongan kepada bakal2 pemegang sayap / 'AA' Kelas B. Tidak lupa juga kepada seorang lagi Penasihat GESS, 9M2NM Pak Nordin yg tidak dapat hadir kerana berada di Kuantan.
Eyeball mula pukul 10 malam & tamat jam 1.30 pagi. Selepas itu 5 station, sambung lagi sampai pukul 2.30 pagi sambil menemani Pak Long & Mak Long 'MU' tutup Kedai.


73.. de 9W2JSM (J.Sham)
GESS Communication Representative.

Tuesday 16 August 2011

Eyeball Rakan2 SWAL Bersama 9M2..



Contact.. Contact.. Contact..
Malam ini ada Eyeball sempena Tanda Tangan Borang Permohonan 'AA' oleh 9M2. 
Tempat: Medan Selera Semarak.
Masa: 22:00 Hrs.


Kepada Rakan2 SWAL yg telah mengisi borang tetapi belum ditandatangani oleh 9M2, maka anda dijemput hadir sama malam ini.
Semua Rakan2 yg berkelapangan dijemput hadir.
73.. de 9W2JSM (J.Sham)
GESS Communication Representative.

Wednesday 10 August 2011

Cadangan Testimonial Pemohon Yg Memohon Perkhidmatan Amatur 'AA' (ASAA),


Salam 10 Ramadhan 1432H..
Sila ambil perhatian semua SWAL di GESS yg baru sahaja lulus RAE & ingin memohon ‘AA’.
Memohon Perkhidmatan Amatur AA (ASAA) merupakan salah satu syarat untuk memohon Penguntukan Radas / Apparatus Assignment (‘AA’). Atas nasihat salah seorang 9M2 di GESS, maka GESS mencadangkan supaya setiap SWAL yg terbabit supaya menyediakan Testimonial masing-masing.

Testimonial yg mengandungi Butiran Peribadi Pemohon beserta lakaran Antena perlu diberikan satu (1) salinan setiap seorang kepada dua (2) orang Pemegang Kelas A (9M2) yg akan menandatangani Borang ASAA serta telah mengesahkan bahawasanya pemohon layak memohon Penguntukan Radas / Apparatus Assignment (‘AA’) setelah melakukan demostrasi bagi mempamerkan tahap & skil penggunaan Radas/Kelengkapan Radio Amatur anda.

Testimonial ini adalah untuk simpanan dan rujukan semula oleh Pemegang Kelas A (9M2) tadi untuk dihantar ke Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) jika sekiranya berlaku sebarang perkara mengenai Disiplin, Perlanggaran Etika atau Ketidakpatuhan ‘AA’ oleh Pemohon.

Akhir sekali kepada semua pemohon dari GESS, sila email (groupsemarak@gmail.com) bagi mendapatkan format Testimonial tersebut.

73..
9W2JSM (J.Sham)
GESS Communication Representative.

Thursday 4 August 2011

54 Tahun MERDEKA..



"1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera"


Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Perayaan Hari Malaysia .
Tarikh: 16 September 2011
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Wednesday 3 August 2011

Keputusan RAE 2011/1 Baru Keluar..

Salam Rakan2 semua. Keputusan RAE bagi Tahun 2001 Siri 1 telah pun diumumkan.
Tahniah kerana semua calon2 dari Semarak, seramai 7 orang telah LULUS, 100%..

Disable Right Click, Protected. Harap Maaf, Sila Minta Kebenaran Drpd 9W2JSM, J.Sham..

Catatan Aktiviti GESS..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...