Friday 19 August 2011

Eyeball, Penyerahan AA & Kutipan Derma Utk Anak Yatim..



18-Ogos-2011: Seramai 5 Sahabat2 GESS telah berjaya mendapat 'AA' pada hari ini. Oleh itu Eyeball pada malam ini adalah bertujuan utk penyerahan 'AA' & disamping itu GESS juga telah dapat membantu Empat (4) Rakan2 SWAL yg telah lulus RAE utk mendapatkan tandatangan dari 9M2 utk borang sokongan Permohonan 'AA'. Dua orang 9M2 tersebut adalah  9M2NL, Pak Nasir & 9M2BUN Abg Muhamad Faiz yg telah sudi hadir utk membantu SWAL2 yg telah lulus RAE. Sebelum menandatangani borang tersebut, 9M2NL & 9M2BUN terlebih dahulu telah mengucapkan tahniah kepada SWAL yg telah lulus RAE & memberikan beberapa nasihat berkenaan SOP & Etika Seorang Amatur.

Seramai 21 Station yg telah hadir Eyeball malam tadi:
9M2NL, 9M2BUN, 9W2BHL, 9W2JSM, 9W2ZBV, 9W2ZZV, 9W2OOA, 9W2PRS, 9W2UZE, 9W2EDU, 9W2HHP, 9W2BJC, 9W2CAX, 9W2INS, 9W2NHN, 9W2XSY, 9W2ENQ, SWAL AHMAD IDRISZULDIN, SWAL AHMAD HASSANUDDIN AFENDY, SWAL AHMAD HELMIRUDIN, SWAL NOOR MUHAMMAD.

Akhir sekali GESS merakamkan jutaan terima kasih kepada 9M2NL, Pak Nasir & 9M2BUN Abg Muhamad Faiz yg telah meluangkan masa & memberikan sokongan kepada bakal2 pemegang sayap / 'AA' Kelas B. Sebelum tamat Eyeball, Sahabat2 GESS telah sempat mengumpul derma untuk Anak Yatim Bersempena Majlis Berbuka Puasa Di Surau Al-Ittihad, Taman Tun Teja, Rawang, Selangor. Sebanyak RM230 telah berjaya dikutip pada malam tersebut & kutipan ini akan ditutup pada 19-Ogos-2011, Pukul 11.59 malam.. Diakhir Eyeball iaitu sebelum bersurai, setiap yg hadir diminta memberikan ucapan sepatah dua kata. Eyeball yg bermula pada pukul 10 malam telah tamat jam 1.00 pagi,

'Raikan Ramadhan Dengan 'Meraih Butiran Pahala & Mengejar Lambaian Syurga'..
Laporan de 9W2JSM (J.Sham)
GESS Communication Representative.

No comments:

Post a Comment

Disable Right Click, Protected. Harap Maaf, Sila Minta Kebenaran Drpd 9W2JSM, J.Sham..

Catatan Aktiviti GESS..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...