Thursday 25 August 2011

Eyeball Terakhir Ramadhan 1432H..

Seperti yg telah diminta & dibincangkan semasa Eyeball pada 18-8-11 yg lalu.
GESS dgn ini menjemput Sahabat2 ke Eyeball terakhir Ramadhan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri 1432H. Butiran adalah seperti berikut:
Tarikh: 25-8-11 (25 Ramadhan).
Masa: Selepas Solat Tarawih / 10pm hingga 12 tengah malam ++.
Venue: NZ Curry House Wangsa Maju, Sek. 5 Wangsa Maju (Berdekatan Carrefour Wangsa Maju). * Akan diberitahu melalui V59 sekiranya berubah.
Bayaran: Bayar Sendiri-Sendiri ‘DUTCH’.
Monitoring Freq.: V59.

Antara Agenda Eyeball:
1. Bermaaf-maafan sebelum balek bercuti ke Destinasi masing2.
2. Membantu Rakan2 yg memerlukan pemeriksaan ‘Mobile Antenna’, Check SWR, Check Cable dll.
3. Slot demonstrasi penggunaan alatan komunikasi Radio Amatur cara Penggunaan, Menukar & Memasukkan Frekunsi. (Rig. V8000 / V2200H).
4. Sekiranya Sahabat2 merasa sangsi tentang keselamatan Kediaman / Harta Benda kerana balek beraya lebih dari seminggu. Maka digalakan memberitahu Polis atau tinggalkan alamat rumah atau no. H/P yg mahu dihubungi kepada Sahabat2 GESS yg tidak kemana-mana atau mungkin ada cadangan lain yg lebih praktikal.
Semua Rakan Amatur, SWAL & Rakan Kelab Radio Amatur Berlesen yg berkelapangan dijemput hadir.

GESS mengucapkan ‘Selamat menjalani hari-hari terakhir ibadah Puasa. Semoga kita mendapat Rahmat, Keampunan dan dibebaskan dari Api Neraka.

73.. de 9W2JSM (J.Sham)
GESS Communication Representative.

No comments:

Post a Comment

Disable Right Click, Protected. Harap Maaf, Sila Minta Kebenaran Drpd 9W2JSM, J.Sham..

Catatan Aktiviti GESS..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...