Wednesday 27 July 2011

Santai Bersama Keluarga GESS..




23-Jul-11: SANTAI BERSAMA KELUARGA GESS (Ref.: 2011/Bil. 1) telah diadakan pada hari Sabtu, 23-Julai-2011, bermula pada pukul 08.30Hrs & tamat pada pukul 14.30Hrs. Seramai 5 Keluarga telah menyertai program ini dengan jumlah penyertaan seramai 19 orang peserta.

Antara tujuan utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi kemesraan dalam setiap keluarga Rakan2 GESS serta mewujud dan mencetuskan suasana Kekeluargaan yang lebih erat lagi dikalangan Keluarga GESS.

Program ini yg dijadualkan pada awalnya di Port Dickson (PD) telah diubah tempat ke Ulu Yam kerana disaat akhir Bangalow yg ingin disewa di PD tidak dapat. Antara sebab2 lain pula ialah terdapat rakan2 yg tidak dapat hadir jika bermalam di PD kerana anak2 ada kelas tuisyen, ada urusan keluarga & ada yg kena berkerja pada hari Sabtu tersebut. Walau bagaimana pun program yg akan datang insyallah akan dirancang lebih awal & akan disusun dengan lebih baik lagi. Kemungkinan dijangkakan selepas peperiksaan SPM nanti.

Ucapan terima kaseh kepada semua yg telah menjayakan program pertama ini & juga kepada rakan2 yg tidak dapat hadir kerana tugasan & hal keluarga  tetapi masih tetap memberikan sokongan.


73.. 9W2JSM, J.Sham.. (GESS Communication Representative).

No comments:

Post a Comment

Disable Right Click, Protected. Harap Maaf, Sila Minta Kebenaran Drpd 9W2JSM, J.Sham..

Catatan Aktiviti GESS..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...